Assalamualaikum & salam sejahtera kepada warga penduduk Kembangsari dan para peserta webinar. Persatuan Penduduk Taman Kembangsari Fasa 2A (PPTKF2A) bakal menganjurkan satu webinar kesihatan.
Antara topik-topik yang bakal dibentangkan ialah:-
Ø Pengenalan asas sistem keimunan manusia
Ø Bagaimana aktiviti fizikal / senaman dapat meningkatkan keimunan badan
Ø Contoh aktiviti - aktiviti fizikal / senaman yang optimal bagi semua peringkat umur
Ø Tabiat pemakanan dan kesannya dalam meningkatkan sistem keimunan
Ø Hubungkait diantara gaya hidup yang aktif & tabiat pemakanan yang sihat
Ø Pengawalan paras stres dan kesihatan mental
Ø Sesi soal & jawab (Q & A)
Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari ilmu yang sangat penting, relevan dengan situasi semasa, dimana kita masih lagi dalam kemelut pandemik COVID-19. Ianya percuma dan bakal disampaikan oleh 3 orang ahli panel, yang juga merupakan anak-anak Taman Kembangsari.
Jangan lepaskan peluang keemas an ini. Perkongsian yang bakal disampaikan oleh ahli -ahli panel, mungkin dapat meningkatkan kualiti hidup anda. InsyaAllah. Jumpa anda di webinar nanti.